AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING DALAM MENGURANGKAN KADAR JENAYAH


DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TAJUK PROJEK :
( AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING DALAM MENGURANGKAN KADAR JENAYAH )


PENSYARAH :
 EN. MOHD KHIR JOHARI BIN ABAS
JABATAN PENGAJIAN AM


NAMA

NO. MATRIK

SHALANI A/P RAMAESH

15DPM15F1031

MALINE A/P V.BASKARAN

15DPM15F1053

NUR NABILA BINTI MOHD NURZAHAWIRA

15DPM15F1013












 SENARAI KANDUNGAN  

Kandungan

*         Isi Kandungan

*          Objektif Penulisan

*          Pengenalan

*          Huraian Isi
Ø  Semangat Kejiranan
Ø  Langkah – Langkah untuk Memupuk Semangat Kejiranan
Ø  Kepentingan Semangat Kejiranan
Ø  Kebaikan Mengamalkan Kejiranan
Ø  Punca – Punca Semangat Kejiranan Semakin Luntur

*          Kesimpulan

*         Rujukan

*          Lampiran
                                                                   
                                                                                    
                                    




















OBJEKTIF

v  Dapat membantu melahirkan anggota kejiranan yang harmoni dan mempunyai jati diri.

v  Membentuk sikap atau tingkah laku yang baik terhadap kejiranan setempat.

v  Menyatukan semangat kejiranan setempat yang semakin pupus pada masa kini.

PENGENALAN

Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialah amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran merupakan salah satu cara hidup Islam. Dalam konsep kejiranan, umat islam perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda. Hubungan baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama.

Dalam E-Folio ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai konsep kejiranan yang sebenar. Disebabkan pada zaman sekarang, konsep kejiranan dalam masyarakat semakin pupus dari masa ke masa. Ini disebabkan semua orang pada masa ini telah sibuk mengejar kejayaan sampai terhampir lupa kepentingan kejiranan. Oleh itu, dalam e-folio ini akan mendedahkan semangat kejiranan, punca-punca semangat kejiranan yang semakin luntur, langkah-langkah memupuk semangat kejiranan, kepentingan semangat kejiranan dan kebaikan kejiranan dalam masyarakat.


ULASAN ISI

SEMANGAT KEJIRANAN

Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Semangat kejiranan merupakan unsur penting dalam kehidupan bermasyarakat. Selain dapat memupuk persefahaman sesama penduduk, semangat sebegini dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara kita. Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata pepatah, hidup sandar-menyandar “seperti aur dengan tebing.” Pada zaman kini, hubungan sesama jiran renggang “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”

Selain itu, semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah program. Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak. Jika masyarakat bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap. Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan khemah untuk para tetamu. Lantaran itu, pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah. Bukan itu sahaja, hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika melakukan pekerjaan bersama-sama. Masyarakat yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.  

Di samping itu, masyarakat juga boleh memupuk semangat perpaduan. Semangat kejiranan yang mantap dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang teguh. Perpaduan juga sama pentingnya seperti semangat kejiranan. Kehidupan negara Malaysia memerlukan perpaduan yang teguh. Hal yang demikian, Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama. Negara kita dikagumi seluruh dunia kerana mempunyai perpaduan yang erat. Perkara ini dapat dibuktikan dengan kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa lain dalam sesebuah masyarakat. Setiap kaum perlu mengetahui adat dan tradisi kaum lain untuk mengelakkan daripada menimbulkan isu sensitif. Semangat kejiranan yang mantap dapat mengelakkan situasi ini daripada berlaku kerana hubungan yang erat antara kaum. Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai semangat kejiranan yang tinggi supaya dapat mewujudkan perpaduan yang teguh.

Seterusnya, semangat kejiranan dapat menjadikan sesebuah kawasan itu selamat. Kawasan perumahan perlu ditingkatkan keselamatannya supaya keamanan dalam sesebuah masyarakat terjamin. Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik sering berlaku dalam kawasan perumahan. Masyarakat harus meningkatkan keselamatan kawasan tersebut untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Masyarakat boleh menubuhkan persatuan jiran tetangga dengan membuat rondaan pada waktu malam. Dengan itu, keselamatan penduduk terjamin. Ibu bapa akan berasa lebih senang melepaskan anak-anak bermain di sekitar kawasan perumahan. Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik dapat dielakkan dan dikurangkan. Kesimpulannya, kesepakatan masyarakat dalam membuat sesuatu perkara dapat meningkatkan tahap keselamatan sesebuah masyarakat.

Secara kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang diperoleh daripada semangat kejiranan. Semangat kejiranan amat penting dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang aman dan perpaduan yang teguh. Kepentingan semangat kejiranan membawa kebaikan kepada diri masyarakat dan negara. Masyarakat yang maju dalam semua aspek seperti rohani, intelektual dan adab dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Untuk mencapai Wawasan 2020, kerjasama semua pihak amat digalakkan supaya dapat merealisasikan perkara ini. Semangat kejiranan yang rapuh tidak menjamin keamanan negara dan memerlukan kesepakatan rakyat Malaysia seperti Jiran Sepakat Membawa Berkat. Oleh itu, semangat kejiranan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat.

KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN

Semangat hidup berjiran yang kita warisi sejak turun temurun, kini jelas semakin terpinggir. Keadaan tersebut tidak wajar dibiarkan kerana hidup berjiran banyak manfaatnya. Dengan semangat kejiranan, masalah jenayah dapat dikurangkan. Kita tidak dapat menafikan bahawa kejadian pecah rumah kerap berlaku ketika penghuninya tiada di rumah. Jika semangat kejiranan dalam masyarakat kita kuat, masalah sedemikian dapat dielakkan kerana sebagai jiran yang bertanggungjawab, seseorang itu akan prihatin terhadap rumah dan harta benda jirannya ketika ketiadaan mereka. Mereka akan membantu melihat persekitaran rumah tetangga dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sesuatu yang meragukan.

Kepentingan utama hidup berjiran adalah untuk mengukuhkan institusi kemasyarakatan. Semangat tolong-menolong dapat dilahirkan di antara penduduk setempat. Sikap tolong-menolong di antara jiran amat penting kerana seseorang boleh meminta bantuan jiran ketika berlakunya kecemasan. Selain itu, semangat kejiranan dapat mengeratkan silaturahim di antara penduduk setempat. Sebagai contohnya, penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan .Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh. Ini mewujudkan suasana aman damai dan membolehkan penduduk setempat hidup dengan selesa. 

Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman kini. Tuntasnya, semangat kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain dan perpaduan kaum dapat ditingkatkan. Sikap saling hormat-menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain dapat dilahirkan.

Melalui semangat kejiranan, rakyat Malaysia belajar menghargai dan menghayati budaya dan tradisi rakyat berbilang kaum di Malaysia Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan dan mencapai matlamat konsep 1 Malaysia di mana integrasi antara kaum berlaku.

Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal.
  
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersatu dalam usaha untuk memupuk semangat kejiranan di antara rakyat demi mencapai perpaduan kaum untuk mengelakkan kegiatan jenayah bertambah di negara kita. Bak kata pepatah, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Kita sebagai rakyat Malaysia, kita juga haruslah menghargai keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh semua rakyat dan perlu berusaha dan menyumbangkan tenaga untuk mengukuhkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum negara kita dengan mengenali jiran – jiran kita dahulu sebelum kita berjuang demi kesejahteran negara. Diharapkan semua lapisan masyarakat akan memikul tanggungjawab untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi perpaduan di negara Malaysia.

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti.  Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Hal ini demikian kerana apabila kita mengalami kesukaran di rumah, jiran yang paling dekat kita dapat membantu kita tanpa mengira bangsa dan kaum ataupun kepercayaan. Jiran yang paling memahami kehidupan kita. Oleh itu, semangat kejiranan mesti dipupuk dalam kalangan masyarakat.

Satu daripada langkah memupuk semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat adalah dengan melibatkan semua penduduk tempatan dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di tempat tinggal mereka tanpa mengira bangsa, kaum atau kepercayaan dan sebagainya. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan. Sebagai contohnya, mengadakan aktiviti membersihkan kawasan perumahan atau gotong -royong. Dengan melakukan aktiviti ini, kita bukan sahaja dapat membersihkan kawasan kita, kita juga dapat memupuk semangat kejiranan serta saling mengenali antara satu sama lain kerana semua masyarakat sibuk dengan kerjayanya sehinga tidak mengenali siapa jiran di rumah sebelahnya. Melalui aktiviti ini, kita juga dapat mengetahui ciri-ciri dan perayaan kaum lain menyambut serta mengetahui tradisi keluarga mereka. Jadi, aktiviti bergotong-royong bukan sahaja dapat memupuk semangat kejiranan tetapi juga boleh mengeratkan hubungan dengan jiran yang lain.

Selain itu, kita juga boleh merayai perayaan dengan jiran untuk memupuk semangat kejiranan. Tamsilnya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Raya dan sebagainya. Hal ini demikian kerana semasa kita merayai perayaan bersama-sama jiran, kita juga berasa gembira dan mengetahui tentang adat resam dan kepercayaan serta tradisi keluarga mereka. Saling hormat – menghormati, tolong- menolong semasa  perayaan dan menikmati juadah bersama jiran yang berbangsa lain juga dapat memupuk semangat kejiranan.  Kita juga boleh melawati jiran ketika masa lapang dengan membawa kuih-muih, makanan ringan dan sebagainya. Perkongsian pendapat atau ilmu juga boleh memupuk kejiran kerana secara tidak langsung kita dapat mengenali salah – silah kelurganya. Dengan adanya sikap ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat juga dapat dipupuk. Oleh yang demikian, merayai perayaan dan melawati jiran bukannya membazirkan masa tetapi untuk memupuk semangat kejiranan.

Di samping itu, kita janganlah bersikap kecil hati dengan jiran kita. Apabila kita mempunyai sesuatu yang baik, kita mesti berkongsi dengan jiran. Hal ini demikian kerana lama-kelamaan, jiran kita juga akan bertolak ansur dengan kita dan memberi sesuatu yang baik kepada kita. Sebagai contoh semasa Hari Raya. Kita boleh memberi jiran kita makan ketupat dan rendang. Jiran kita pun akan memberi barang yang baik untuk kita apabila perayaannya tiba atau pun memenuhi dulang yang diberi makanan itu dengan sesuatu makanan yang sedap. Kita juga boleh meminta tolong jiran menjaga rumah kita apabila kita hendak balik kampung atau ke mana sahaja supaya kita dapat hilangkan rasa risau jika terdapat kebakaran atau kecurian dan sebagainya. Kita juga saling bertolak – ansur seperti mana jiran kita menjaga rumah kita apabila kita balik ke kampung. Oleh itu, kita mesti bersikap tolak ansur dengan jiran kita supaya hubungan antara jiran dapat dieratkan dan dapat memupuk semangat kejiranan.

Akhirnya, semangat kejiranan amatlah penting dalam kalangan masyarakat setempat di negara kita. Nilai – nilai murni seperti tegur-menegur, ziarah-menziarahi, tolong- menolong, hormat – menghormati haruslah diamalkan dan diterapkan dalam diri kita agar semangat kejiranan tidak pupus dengan kemodenan negara dan seterusnya memberikan impak kepada negara apabila kita bersatu padu. Oleh itu, marilah kita menggembleng tenaga agar obligasi kejiranan terus diamalkan oleh masyarakat Malaysia bak kata pepatah, jiran sepakat membawa berkat dan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

PUNCA-PUNCA SEMANGAT KEJIRANAN SEMAKIN LUNTUR

Jiran ialah orang atau  keluarga yang tinggal berhampiran dengan rumah kita sama ada kiri, kanan, depan ataupun belakang rumah kita. Dalam era globalisasi ini untuk mencapai wawasan 2020, kita dapat melihat hubungan kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin kurang dititikberatkan erti kata semakin luntur.
Perkara ini berlaku semakin berleluasa disebabkan masyarakat kini hanya mengambil kisah tentang hal masing-masing. Mereka tidak mengambil peduli tentang hubungan sesama jiran tetangga sehingga tidak mengenali antara satu sama lain.
Pelbagai faktor yang menyebabkan punca-punca kelunturan semangat kejiranan yang dapat dilihat dalam kalangan masyarakat zaman moden ini termasuk impak daripada perkembangan teknologi- teknologi canggih pada masa kini. Terdapat beberapa punca-punca yang dapat dilihat.
Punca-punca semangat kejiranan semakin luntur adalah :

1.      PENGGUNAAN  PERALATAN ELEKTRONIK / TEKNOLOGI
Penggunaan peralatan elektronik atau teknologi semakin canggih seperti telefon pintar, gajet, televisyen, permainan video dan juga komputer riba yang banyak memberi kemudahan untuk berhubung antara satu sama lain. Seperti teknologi yang mengaplikasikan Facebook, Whatsapp, Twitter, Wechat dan sebagainya. Perkara ini membolehkan mereka berhubung secara alam maya.
Perkara ini menyebabkan masyarakat merasakan mereka tidak perlu berjumpa  dan bergaul dengan jiran tertangga ataupun keluar dari rumah. Hal ini juga menyebabkan mereka tidak menghiraukan persekitaran yang berlaku terhadap jiran-jiran mereka.

2.      AKTIVITI HUJUNG MINGGU
Seperti yang mengetahui, kebanyakan daripada kalangan kita lebih minat untuk meluangkan masa bersama keluarga dengan berehat dirumah atau keluar bersama ahli keluarga mereka. Tanpa disedari, tanggungjawab sebagai jiran tetangga telah diabaikan disebabkan oleh punca-punca ini.
Tambahan pula, yang membuatkan lagi keadaan menjadi lebih buruk adalah sikap segelintir ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka keluar rumah untuk bergaul dengan jiran-jiran tetangga. Mereka menganggap perkara ini tidak penting dan mereka bukan lagi mengeratkan hubungan tetapi merenggangkan lagi hubungan kejiranan.
Mereka lebih suka memberi anak-anak mereka bermain dengan gajet elektronik seperti telefon pintar dan komputer riba sehingga anak-anak mereka tidak mengenali jiran-jiran tetangga walaupun bertemu di luar rumah ataupun dimana-mana.

3.      BUDAYA KUNJUNG MENGUNJUNG
Selain itu, budaya kunjung mengunjungi dan mengenali jiran tetangga khususnya di musim perayaan ataupun hari biasa semakin kurang diamalkan  oleh masyarakat kini. Ini kerana mereka yang tidak berminat untuk berjumpa atau menziarahi jiran tertangga.
Ibu  bapa yang juga kini kian sibuk dengan hal duniawi iaitu terlalu sibuk dengan urusan kerja yang telah menyumbang kepada perkara ini.
Ditambahkan lagi dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, mereka banyak menghabiskan masa dengan mencari pendapatan tambahan daripada menghabiskan masa bersama keluarga.

4.      BERLAINAN KETURUNAN
Pada masa yang sama, keturunan dan latar belakang yang berlainan menyumbang kepada semangat kejiranan yang semakin lama semakin luntur. Semangat kejiranan amat penting untuk menjamin bukan sahaja perpaduan, malah keselamatan Negara.
Terdapat segelintir masyarakat yang menitikberatkan faktor keturunan dan juga latar belakang. Maka mereka lebih memilih jalan untuk mengurung anak-anak di dalam rumah kerana tidak suka bergaul dengan jiran disekitar kawasan rumah mereka.

5.      HASAD DENGKI / TIDAK BERPUAS HATI
Hal ini juga adalah salah satu punca yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur dengan kehadiran sikap masyarakat yang mempunyai perasaan tidak bepuas hati dan dengki kepada jiran sekeliling.
Ini kerana mereka tidak menyenangi dengan jiran-jiran yang mempunyai kelebihan dan kesenangan sendiri. Tanpa mereka sedar ia akan menjauhkan atau menjarakkan lagi hubungan antara mereka. Semangat kejiranan tidak akan wujud sekiranya mempunyai sikap dan perasaan seperti ini.

KEBAIKAN MENGAMALKAN SEMANGAT KEJIRANAN

Antara kebaikan semangat kejiranan ialah kita akan mudah mendapat bantuan jika kita menghadapi sesuatu masalah. Seperti yang kita sedia maklum bahawa kehidupan kita tidak dapat lari daripada perkara luar dugaan seperti kebakaran, kemalangan atau kematian. Jika kita menghadapi sesuatu bencana  sudah tentunya jiranlah orang yang paling cepat dapat membantu kita. Begitu juga jika kita sakit, jiranlah  yang kita harapkan untuk menghantar kita ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan.

Selain itu, semangat kejiranan yang terjalin akan menjamin keselamatan tempat tinggal kita. Semangat kejiranan akan mendorong jiran kita menjaga keselamatan tempat tinggal kita. Jika jiran kita mendapati ada orang yang tidak dikenali datang atau memasuki rumah kita pada waktu kita tiada di rumah, jiran pasti akan menghubungi kita. Contoh pada musim perayaan, jika kita pulang ke kampung untuk menziarahi rumah saudara-mara, jiranlah orang yang kita harapkan dapat membantu menjaga rumah kita. Kebaikan lain semangat kejiranan ialah jiran akan dapat membantu kita dalam menjayakan majlis keramaian. Majlis keramaian yang kita adakan kadangkala memerlukan bantuan jiran di sekeliling kita. Dengan adanya bantuan jiran ini majlis tersebut menjadi ringan dan berjaya dilaksanakan.

Semangat kejiranan yang terjalin juga membolehkan gejala negatif di tempat tinggal kita dicegah. Jiran yang baik, pastinya dapat mendidik dan menasihati  anak mereka agar tidak melakukan perkara negatif yang boleh mengganggu ketenteraman membuat bising dan perkara berbahaya di kawasan kejiranan. Di samping itu, semangat kejiranan membantu memupuk semangat perpaduan  dikalangan rakyat dalam negara kita. Perpaduan yang terjalin akan membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, hubungan yang lebih erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti dan prodaktif. Selain itu, perpaduan juga adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat bertoleransi, saling mempercayai antara satu sama lain dan mengamalkan perkongsian bersama. Jika hal ini diabaikan, maka lambat laun akan wujudnya permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan kaum. Oleh itu, semangat kejiranan memainkan peranan penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
Semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar. Tuntasanya, semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan masyarakat di negara kita malah ia sumbangan yang terbesar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang.

Kesimpulannya, pentingnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang aman dan makmur sejahtera sahaja akan dapat meneruskan agenda yang lebih gemilang dan terbilang pada masa akan datang.

Lampiran













RUJUKAN


https://www.scribd.com/doc/172723325/Langkah-Langkah-Memupuk-Semangat-Kejiranan-Dlm-Kalangan-Masyarakat
https://www.scribd.com/document/125843343/Langkah-Langkah-Untuk-Memupuk-Semangat-Kejirananhttp://mpw2043syariahkias.blogspot.my/2017/02/kepentingan-semangat-kejiranan-dalam.html
http://worldnathan.blogspot.com/2011/09/memperkukuh-tradisi-hidup-berjiran-spm.html
ust-asrimdsaman.blogspot.com/2012/07/kejiranan-dalam-islam.html
ciptaan-mulia.blogspot.com/p/konsep-jiran.html
www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003...bicara.html
cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2015_09_01_archive.html
nassmkt.blogspot.com/2011/08/tajuk-semangat-kejiranan.html
minesabrina98.blogspot.com/.../kepentingan-semangat-kejiranan-dalam.html
msakomunikasidalamislam.blogspot.com/.../kesimpulan-penutup.html
kuinsanyanglemah.blogspot.com/2017/02/isi.html
aribmuiz.blogspot.com/2016/10/1.html
zaizak69.blogspot.com

Comments

  1. casino.co.za | DrmCD
    Casino.co.za. Drmcd is located in 영주 출장마사지 Johannesburg, South Africa. Visit us now for all your 경기도 출장마사지 exciting casino games. 하남 출장마사지 Find information about 안동 출장안마 gambling 통영 출장마사지 activities

    ReplyDelete

Post a Comment